Monday, 14 December 2015

Kesihatan Mental Kanak-Kanak

hye!!!   Assalamualaikum semua.....

    Counting days,seriously dh lama lama lama sangat tak on blog ni. T_T
Apa khabar semua?? Mia alhamdulillah sihat walaupun sentiasa dalam kesibukan. I hope the same goes to you all, always in well.

    Baiklah, semenjak banyak assignment berkaitan dengan kajian ni, Mia tertarik akan satu pernyataan iaitu 'Keadaan kesihatan mental kanak-kanak di prasekolah dan di sekolah rendah di Malaysia'.Adakah generasi muda seperti kita mengambil berat akan kondisi pengganti generasi kita?
Apa pandangan atau pendapat blogger-blogger sekalian?
Haaaa...hari ini kita berforum ;)
  
Lets begin!


14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kepada saudari Amira. Saya ingin berkonsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Pada pendapat saya Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success). Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Suriya. Saya ingin menambah serba sedikit tentang pandangan saya iaitu, kanak-kanak itu sendiri merupakan insan yang tulus dan suci. Kita sebagai orang dewasalah yang mencorakkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan. masalah stress dalam kalangan kanak-kanak amatlah perlu dipandang serius oleh kita sebagai orang dewasa. Persekitaran mereka sendiri memainkan peranan penting dalam usaha mengelakkan mereka mengalami keadaan stress. Saya berpendapat, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, persekitaran rumah juga mampu menyumbang kearah gejala stress terhadap kanak-kanak. Saya berharap, pendapat saya terhadap isu ini akan memberi ruang pandangan dan penambahan dari pihak saudara dan rakan pembaca sekalian. Terima kasih.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, bertemu lagi.

    Izinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.

    Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
    Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wassalam saudari...baiklah, setelah saya meneliti hujah saudari, di sini saya ingin menegaskan bahawa, jika keadaan kesihatan mental kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang bermasalah, tidak semestinya dapat mempengaruhi sepanjang hari mereka mahupun dalam proses pembelajaran kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah dunia bermain. Mereka akan lebih menikmati hiburan bersama-sama rakan mereka berbanding memikirkan masalah yang lalu. Oleh itu, kesihatan mental mereka tidak akan mempengaruhi dalam pembelajaran sehinggakan mereka gagal dalam hidup. Tidak sama sekali.. wallahualam..
      Sekian terima kasih..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
    Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
    Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wassalam saudari..terima kasih kerana sudi bekongsi pendapat bersama saya mengenai tajuk kita pada kali ini. Sebagaimana yang kita semua tahu, IQ dan EQ merupakan tunjang pemikiran dalam hidup manusia. IQ merupakan kecerdasan otak untk menerima, menyimpan dan mengolah informasi menjadi fakta. Manakala, EQ pula ialah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, mampu untuk memotivasikan diri sendiri serta dapat mengolah emosi dengan baik pada diri sendiri serta orang lain. Oleh itu, dalam konteks kesihatan mental kanak-kanak sangat berkait rapat dari IQ ke EQ kerana IQ mengolah keadaan manakala EQ pula mengekspresikan tindak balas keadaan. Namun keadaan seperti ini adalah normal dan tidak akan memberi kesan yang berpanjangan terhadap seseorang kanak-kanak kerana minda mereka hanyalah bermain serta mudah lupakan sebarang perkara negatif.
      Saya berharap saudari dapat mempertimbangkan pendapat saya akan sedikit penjelasan tentang perkaitan IQ dan EQ.

      Delete
  8. Assalamualaikum saudari amira..saya tertarik dengan isu yang saudari bahaskan di atas,secara umumnya, kesihatan atau kematangan mentaliti dipengaharuhi oleh umur dan gaya hidup. orang yang lebih berumur biasanya lebih matang berbanding dengan anak- anak muda. Gaya hidup sosial mereka juga mendorong dalam proses pematangan. Dimana mereka bergaul dengan ramai orang. Pergaulan atau nteraksi ini lh yang sebenarnya mematangkan kita.

    Akan tetapi, berbeza bagi anak-anak kecil seperti prasekolah dan sekolah rendah. dimana pada usia mereka ini, mentaliti mereka lebih tertumpuh kepada hal-hal yang menyoronokan seperti bermain, belajar, menonto TV dan sebagainya. Pada pendapat saya, mentaliti kanak-kanak prasekolah adalah seperti bayi. Dimana mereka akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Pada usia ini lah, anak-anak ini perlu di didik dengan sebaiknya. Mereka bergantung sepenuhnya kepada orang di sekeliling terutamanya ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan mencari orang terdekat untuk meluahkan perasaan mereka. anak kecil ini tidak tahu menyelesaikan masalahnya sendiri. dalam erti kata lain, mereka masih tidak tahu berdikari.

    pada tahap sekolah rendah, pemikiran mereka semakin berkembang. Pada tahap ini, mereka mula untuk belajar berdikari. Mereka tidak lagi bergantung 100% kepada ibu bapa dalam menyelesaikan tugasan. mereka mula mengenal diri mereka dan bertindak menyelesaikan masalah mereka sendiri. hal ini yang membuatkan mereka semakin kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam nasuha..terima kasih sudi berkongsi buah fikirn bersama-sama mia dan juga semua. Mia tertarik dengan pandangan saudari yang menyatakan kesihatan mental kanak-kanak yang berkait rapat dengan sosialosasi keluarga yang mana majoriti ataupun sebilangan besar ibu bapa sekarang makin tidak peka terhadap kebajikan anak-anak samada yang kecil mahupun yang dewasa. Marcapada ini, sebagaimana yang kita dapat nilai, semakin hari semakin lusuh didikan yang baik serta berkualiti dari ibu bapa sendiri yang terlampau obses dan sibuk dengan rutin kerja seharian sementara anak-anak pula terkontang-kanting bebas melakukan apa sahaja di luar sana. Oleh sebab itu, sebagai seorang pendidik juga wajarlah untuk mengambil berat sedikit sebanyak akan kesihatan kognitif murid-murid dan menghasilkan suasana yang harmoni dan ceria di sekolah untuk mengurangkan kemurungan murid.
      sekian sahaja penerangan hujah saya berkenaan dengan kesihatan mental kanak-kanak yang perlu dititik beratkan sebagai warga pendidik..;)

      Delete