Apa khabar wahai blogger-blogger? Mia harap kamu semua berada dalam keadaaan yang baik dan sihat bersama orang tersayang. Baiklah, sebelum ini Mia post artikel-artikel ilmiah untuk berkongsi dengan kamu semua. Kali ini sekali lagi Mia ingin berkongsi tentang pengaruh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Mia percaya kamu semua semestinya mempunyai rakan sebaya yang sangat rapat ataupun tidak begitu rapat tetapi banyak mempengaruhi kognitif kamu sama ada ke arah positif atau sebaliknya. Terpulanglah pada seseorang individu untuk memilih rakan sebaya kerana siapa kawan kita mencerminkan siapa kita ;)
Semasa menuntut di matrikulasi pada tahun 2014, mereka semua lah kawan dan juga merupakan adik beradik terdekat..Miss all of them deeply :(
Sebenarnya, rakan sebaya sebaya merupakan golongan yang kedua terpenting selepas ibu bapa kita di mana termasuk dalam skop sosialisasi. Kenapa? Nanti dulu..Mia akan terangkan satu persatu.
Untuk mengukuhkan pemahaman semua, Mia akan terangkan apa itu sosialisasi. Sosialisasi bermaksud satu proses di mana sesiapa sahaja akan mempelajari dan menanamkan satu nilai norma, perah dan perilaku dari satu generasi ke generasi lain dalam sebuah kelompok atau masyarakat yang dapat beratisipasi dalam kehidupan.
Justifikasinya, rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang jelas dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak mahupun individu yang sudahpun dewasa. Mungkin menjadi persoalan bagi sesetengah blogger kenapakah RAKAN yang banyak mempengaruhi?
Munurut kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale mendapati bahawa kanak-kanak merasakan rakan adalah sangat penting berbanding orang lain mengikut persekitaran mereka. Kajian ini terbukti kesahihan apabila kenyataan yang sama dikeluarkan oleh Maleeki dan Elliott(1999). Maka, benarlah bahawa rakan memainkan pengaruh yang kuat terhadap seseorang kanak-kanak.
Sebagaimana yang kita tahu, dunia kanak-kanak adalah bermain, oleh itu secra tidak langsung masa nereka juga lebih banyak diluangkan bersama kawan-kawan sama ada di rumah mahupun di sekolah. Intihanya, rakan sebaya memainkan peranan kepada pembentukan dan pembangunan seseorang kanak-kanak yang mana dapat diterima secara positif atau negatif.
Baiklah, sekian sahaja perkongsian Mia pada hari ini. Sebarang pertanyaan atau pendapat-pendapat lain, sangat dialu-alukan..terima kasih. xoxoD


ReplyDeleteAssalamualaikum saudari,pada pendapat saya rakan sebaya merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita, kerana dengan adanya rakan kita akan membentuk sahsiah dan jati diri yang baik..jika kita bijak memilih rakan sebaya ,maka kita akan menjadi modal insan yang cemerlang.Malah kita perlu bijak memilih rakan sebaya yang mahu bersusah senang bersama –sama dengan kita.bagi saya pemilihan rakan sebaya amat penting untuk saya meneruskan hidup kerana dengan adanya moral support dari rakan sebaya inilah membuatkan saya semangat dalam meneruskan kehidupan
Selain itu, perkembangan sosioemosi merupakan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang.penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang.aspek ini akan dipengaruhi pembelajaran kanak-kanak.perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan,emosi dan oandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni ~
berdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu. Sekian sahaja forum saya. Harap dapat membantu saudari qeelah dalam menambah ilmu saudari...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari,pada pendapat saya rakan sebaya merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita, kerana dasawarsa ini, kawan merupakan seseorang yanag amat penting dalam hidup kita khususnya pelajar. Malahan, bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka bersama-sama dengan kawan mereka berbanding keluarga mereka sendiri. Seperti kata-kata pujangga, ibarat isi dengan kuku sentiasa bersama-sama. Selaras dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa berkawan juga mampu memberi kesan negatif dalam kehidupan seseorang, namun masih terdapat juga kebaikan apabila kita mempunyai kawan dalam kehidupan kita. Lebih baik lagi apabila kita mempunyai ramai kawan dalam kehidupan kini. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai positif dalam berkawan dapat dijadikan tauladan dalam hidup kita. Faedah mempunyai banyak kawan ialah kita dapat berkongsi masalah bersama-sama. Hal ini kerana, dalam meniti arus kemodenan kini, sebagai remaja khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah. Seabagai contoh masalah dengan keluarga ataupun berkaitan pelajaran. Secara psikologinya, rakan yang sebaya dengan kita pasti akan dapat menyelami perasaan kita yang sedang dilanda masalah, justeru, dalam konteks ini, kawan ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah. Hal ini kerana, berkemungkinan besar kawan kita itu mampu memberikan cadangan yang bernas buat kita mencari jalan penyelesaian berkenaan masalah tersebut dan secara tidak tidak langsung kita dapat berasa lega setelah menceritakan beban yang ditanggung oleh kita. Namun begitu, kita haruslah menjana pemikiran bernas kita agar tidak tersilap memilih kawan untuk berkongsi masalah dengannya. Seterusnya, dengan bertambahnya kawan di sekeliling kita, sudah semestinya kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Hal ini kerana, setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Dalam konteks ini, dapat juga kita kaitkan dari sudut pembelajaran secara berkumpulan, semestinya setiap seorang dari ahli tersebut mempunyai pandangan masing-masing. Dalam hal ini, kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan kita terhadap subjek yang dibincangkan. Selaras itu, sikap menghargai jasa antara rakan turut dapat disemai dalam diri masing-masing. Hal ini dapat diwujudkan apabila kita memberi tumpuan yang sepenuhnya tatkala rakan kita itu menyuarakan buah fikirannya.
ReplyDeleteOleh itu, haruslah kita mempunyai rakan yang ramai agar kita juga bertambah ilmu pengetahuan. Dewasa ini, negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India boleh dilihat sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni. Hal ini kerana, semua penduduk di negara ini mempunyai perpaduan yang utuh sesama sendiri tanpa mengira kaum dan agama. Justeru, bagi memastikan keharmonian perpaduan ini terus berkekalan, kita haruslah memupuk perpaduan antara rakyat bermula dari bangku sekolah lagi. Dalam konteks ini, dengan mempunyai ramai kawan, semangat perpaduan dapat dipupuk secara tidak langsung. Dalam berkawan pula, kita hendaklah sentiasa bersikap toleransi dan bekerjasama antara rakan bagi menzahirkan perpaduan yang padu dalam diri masing-masing. Oleh itu, amalkan nilai-nilai murni dalam persahabatan agar semangat perpaduan subur mekar di jiwa setiap rakyat negara ini
Wassalam saudara daniel..terima kasih atas hujah saudara yang sangat jelas. Namun, kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
DeleteKajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.Semoga saudara dapat mengambil isi-isi yang berguna...sekian terima kasih,
Assalamualaikum saudari bagi pandangan saya , rakan sebaya membentuk diri seseorang mahupun kanak-kanak atau dewasa, rakan sebaya sememangnya amat penting dalam kehidupan .. rakan sebaya yang baik dapat membentukan sahsiah diri yang baik ,tatabahasa yang baik juga tingkahlaku yang baik,namun sebaliknya rakan sebaya yang negetif menjadikan diri ke arah nagetif ,buruk , menjadi terikut-ikut mudah terjebak dalam gejala sosial.
ReplyDeleteOleh itu , Peranan rakan sebaya dalam kehidup amat penting sekali . Lingkungan rakan sebaya diantara kanak-kanak, juga remaja , kelak dewasa seseorang dapat membentuk diri nya sendiri masih memerlukan kawan tetapi sudah bijak memikir mana yang baik juga mana yang buruk boleh dikenali sebagai pemikiran yang matang.
Kesimpulanya, mempunyai rakan yang ramai digalakan untuk kehidupan jugak diri seseorang tersebut. kerana ada nya rakan sebaya membentukan diri seseorang itu . sekian dari saya nur asma salsabila .
wassalam bella..terima kasih atas penilaian saudari terhadap topik kita. Namun di sini,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..
DeleteTanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga. sekian terima kasih..
Assalamualaikum saudari bagi pandangan saya , rakan sebaya membentuk diri seseorang mahupun kanak-kanak atau dewasa, rakan sebaya sememangnya amat penting dalam kehidupan .. rakan sebaya yang baik dapat membentukan sahsiah diri yang baik ,tatabahasa yang baik juga tingkahlaku yang baik,namun sebaliknya rakan sebaya yang negetif menjadikan diri ke arah nagetif ,buruk , menjadi terikut-ikut mudah terjebak dalam gejala sosial.
ReplyDeleteOleh itu , Peranan rakan sebaya dalam kehidup amat penting sekali . Lingkungan rakan sebaya diantara kanak-kanak, juga remaja , kelak dewasa seseorang dapat membentuk diri nya sendiri masih memerlukan kawan tetapi sudah bijak memikir mana yang baik juga mana yang buruk boleh dikenali sebagai pemikiran yang matang.
Kesimpulanya, mempunyai rakan yang ramai digalakan untuk kehidupan jugak diri seseorang tersebut. kerana ada nya rakan sebaya membentukan diri seseorang itu . sekian dari saya nur asma salsabila .
Assalamualaikum saudari bagi pandangan saya , rakan sebaya membentuk diri seseorang mahupun kanak-kanak atau dewasa, rakan sebaya sememangnya amat penting dalam kehidupan .. rakan sebaya yang baik dapat membentukan sahsiah diri yang baik ,tatabahasa yang baik juga tingkahlaku yang baik,namun sebaliknya rakan sebaya yang negetif menjadikan diri ke arah nagetif ,buruk , menjadi terikut-ikut mudah terjebak dalam gejala sosial.
ReplyDeleteOleh itu , Peranan rakan sebaya dalam kehidup amat penting sekali . Lingkungan rakan sebaya diantara kanak-kanak, juga remaja , kelak dewasa seseorang dapat membentuk diri nya sendiri masih memerlukan kawan tetapi sudah bijak memikir mana yang baik juga mana yang buruk boleh dikenali sebagai pemikiran yang matang.
Kesimpulanya, mempunyai rakan yang ramai digalakan untuk kehidupan jugak diri seseorang tersebut. kerana ada nya rakan sebaya membentukan diri seseorang itu . sekian dari saya nur asma salsabila .
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kepada saudari Amira. Disini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai nforum anda. Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka. Terima kasih
ReplyDeleteWassalam sue..terima kasih kerana sudi melontarkan pendapat saudari. Untuk pengetahuan saudari, rakan sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.
DeleteIni kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan secara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka. Sekian sahaja perkongsian pendapat saya berkenaan rakan sebaya yang mampu mempengaruhi sesorang individu secara holistik..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete