Friday, 23 October 2015

Hye,
Assalamualaikum..

    Macam mana keadaan blogger-blogger semua?? Harap dalam sihat sejahtera. :)
Setelah sekian lama menyepi tanpa berita, Mia muncul balik di laman blog ini untuk kembali meneruskan perbincangan ilmiah kita semua.

    Baiklah, 
Isu yang akan Mia usulkan pada kali ini ialah kesan terhadap kanak-kanak apabila mereka tidak mempunyai hubungan erat atau perapatan dengan bapa mereka sendiri. Pada pendapat Mia, hal ini sangatlah tidak wajar untuk berlaku pada setiap individu kerana Mia percaya seorang bapa merupakan idola bagi sesiapapun. 
     
    Sebagaimana yang kita sudah tahu, ibu bapa merupakan tunjang kehidupan sesorang. Ini bermakna betapa utamanya dan betapa pentingnya mereka kepada kita. Betul tak? 
Di sini Mia ingin menegaskan bahawa selain ibu, sebenarnya bapa lah yang memikul serta memainkan peranan yang sangat penting bagi melunaskan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga. Sedar atau tidak bahawa bapa lebih mengambil berat tentang anak-anak berbanding ibu. Maka, jika pengabaian daripada bapa berlaku kepada kanak-kanak, hidup mereka akan tidak terdidik malah terbiar dengan dunianya sendiri. Apabila rapuhnya hubungan perapatan anak-anak dengan seorang bapa, maka lunturlah corak-corak yang indah pada kain putih itu tadi. Hidup kanak-kanak akan cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti mencuri makanan di pasaraya, melepak dengan rakan sebaya serta cara komunikasi yang kian merosot. Hal ini kerana mereka tidak diawasi oleh ketua keluarga mereka sendiri iaitu, bapa.

    Oleh itu, jelaslah di sini bahawa hubungan antara anak-anak dan bapa juga sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Sekian sahaja hujah pada kali ini. 
Sebarang komen atau pendapat, dialu-alukan :) .. xoxo D

8 comments:

  1. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. bapanya.


    Komunikasi Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saudari. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.

      Perapatan
      Perapatan atau pertautan ialah “...reciprocal, enduring emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et al, 2004). Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.

      Pembentukan Perapatan
      Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
      Ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina. Oleh itu, hubungan perapatan harus dititik beratkan oleh setiap insan yang bergelar bapa..Sekian terima kasih..

      Delete
  2. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. bapanya.


    Komunikasi Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam saudari aqeelah, terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat mengenai kesan tehadap kanak-kanak apabila tiada hubungan perapatan dengan bapa mereka.
    Ya, saya setuju dengan pandangan saudari yang menyatakan bahawa kesibukan bapa dengan rutin harian sudah cukup untuk merenggangkan hubungan antara anak-anak. Hal ini kerana sudah terang lagi bersuluh anak-anak akan hilang tempat untuk mengadu, untuk berkomunikasi malah pada masa yang sama kasih sayang yang sepatutnya dititik beratkan sudah semakin berkurang.
    Tambahan pula, apabila mereka kesunyian, adalah jalan terbaik bagi mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti melepak serta gejala-gejala yang tidak sihat. Perkara negatif ini berlaku berlanjutan daripada keadaan pengabaian keluarga kepada mereka maka mereka berpendapat kawan-kawan adalah teman hidup yang tebaik dan wajar untuk menghabiskan masa bersama-sama kerana mereka saling prihatin berbanding keperihatinan daripada ketua keluarga sendiri.

    Di sini saya menegaskan bahawa mana-mana individu yang bergelar bapa haruslah mengambil perhatian terhadap anak-anak kerana bapa lah tunjang contoh yang baik dan bapa jugalah penyebab musabab kemusnahan hidup seorang anak.. Sekian sahaja perkongsian hujah saya..
    Terima kasih xoxo D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kepada saudari Mia. Apa yang kita tahu perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sue..syukran jazilan atas kesudian perkongsian pandangan saudari sue. Di sini Mia ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

      Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
      Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
      Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain. Sekian terima kasih..semoga dapat mengambil input-input yang berguna....

      Delete
  5. Assalamualaikum saudari..Saya pula berpendapat bahawa Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak su.. terima kasih di atas pandangan yang telah diberikan. Pada pandangan saya hunbungan perapatan antara anak dengan bapa tercipata jurang pemisah kerana kekangan masa yang kurang diluangkan oleh seorang bapa dengan anak. Hal ini menyebabkan anak kurang kasih sayang dan perhatian dari bapanya sendiri. Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya. Selain itu, perapatan atau pertautan ialah “...reciprocal, enduring emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et al, 2004). Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Itu saja dari saya sekadar perkongsian bersama. Terima kasih atas perkongsian idea saudari..

      Delete