Monday, 14 December 2015

Kesihatan Mental Kanak-Kanak

hye!!!   Assalamualaikum semua.....

    Counting days,seriously dh lama lama lama sangat tak on blog ni. T_T
Apa khabar semua?? Mia alhamdulillah sihat walaupun sentiasa dalam kesibukan. I hope the same goes to you all, always in well.

    Baiklah, semenjak banyak assignment berkaitan dengan kajian ni, Mia tertarik akan satu pernyataan iaitu 'Keadaan kesihatan mental kanak-kanak di prasekolah dan di sekolah rendah di Malaysia'.Adakah generasi muda seperti kita mengambil berat akan kondisi pengganti generasi kita?
Apa pandangan atau pendapat blogger-blogger sekalian?
Haaaa...hari ini kita berforum ;)
  
Lets begin!


Friday, 23 October 2015

Hye semua..
Assalamualaikum....
  
     Hari ini rasa ingin menguji kemahiran berfikir blogger-blogger semua. Baiklah, lets begin !
" Kecergasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam duni perkerjaan. " 

    Adakah anda semua setuju dengan pernyataan di atas? Jom kita bahaskan. xoxo D

Hye,
Assalamualaikum..

    Macam mana keadaan blogger-blogger semua?? Harap dalam sihat sejahtera. :)
Setelah sekian lama menyepi tanpa berita, Mia muncul balik di laman blog ini untuk kembali meneruskan perbincangan ilmiah kita semua.

    Baiklah, 
Isu yang akan Mia usulkan pada kali ini ialah kesan terhadap kanak-kanak apabila mereka tidak mempunyai hubungan erat atau perapatan dengan bapa mereka sendiri. Pada pendapat Mia, hal ini sangatlah tidak wajar untuk berlaku pada setiap individu kerana Mia percaya seorang bapa merupakan idola bagi sesiapapun. 
     
    Sebagaimana yang kita sudah tahu, ibu bapa merupakan tunjang kehidupan sesorang. Ini bermakna betapa utamanya dan betapa pentingnya mereka kepada kita. Betul tak? 
Di sini Mia ingin menegaskan bahawa selain ibu, sebenarnya bapa lah yang memikul serta memainkan peranan yang sangat penting bagi melunaskan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga. Sedar atau tidak bahawa bapa lebih mengambil berat tentang anak-anak berbanding ibu. Maka, jika pengabaian daripada bapa berlaku kepada kanak-kanak, hidup mereka akan tidak terdidik malah terbiar dengan dunianya sendiri. Apabila rapuhnya hubungan perapatan anak-anak dengan seorang bapa, maka lunturlah corak-corak yang indah pada kain putih itu tadi. Hidup kanak-kanak akan cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti mencuri makanan di pasaraya, melepak dengan rakan sebaya serta cara komunikasi yang kian merosot. Hal ini kerana mereka tidak diawasi oleh ketua keluarga mereka sendiri iaitu, bapa.

    Oleh itu, jelaslah di sini bahawa hubungan antara anak-anak dan bapa juga sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Sekian sahaja hujah pada kali ini. 
Sebarang komen atau pendapat, dialu-alukan :) .. xoxo D

Friday, 9 October 2015

SAHABAT, Membentuk Siapa Diriku.

Assalamualaikum...

    Apa khabar wahai blogger-blogger? Mia harap kamu semua berada dalam keadaaan yang baik dan sihat bersama orang tersayang. Baiklah, sebelum ini Mia post artikel-artikel ilmiah untuk berkongsi dengan kamu semua. Kali ini sekali lagi Mia ingin berkongsi tentang pengaruh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Mia percaya kamu semua semestinya mempunyai rakan sebaya yang sangat rapat ataupun tidak begitu rapat tetapi banyak mempengaruhi kognitif kamu sama ada ke arah positif atau sebaliknya. Terpulanglah pada seseorang individu untuk memilih rakan sebaya kerana siapa kawan kita mencerminkan siapa kita ;)

    
Semasa menuntut di matrikulasi pada tahun 2014, mereka semua lah kawan dan juga merupakan adik beradik terdekat..Miss all of them deeply :(

         Sebenarnya, rakan sebaya sebaya merupakan golongan yang kedua terpenting selepas ibu bapa kita di mana termasuk dalam skop sosialisasi. Kenapa? Nanti dulu..Mia akan terangkan satu persatu.
Untuk mengukuhkan pemahaman semua, Mia akan terangkan apa itu sosialisasi. Sosialisasi bermaksud satu proses di mana sesiapa sahaja akan mempelajari dan menanamkan satu nilai norma, perah dan perilaku dari satu generasi ke generasi lain dalam sebuah kelompok atau masyarakat yang dapat beratisipasi dalam kehidupan.
         Justifikasinya, rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang jelas dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak mahupun individu yang sudahpun dewasa. Mungkin menjadi persoalan bagi sesetengah blogger kenapakah RAKAN yang banyak mempengaruhi?
        Munurut kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale mendapati bahawa kanak-kanak merasakan rakan adalah sangat penting berbanding orang lain mengikut persekitaran mereka. Kajian ini terbukti kesahihan apabila kenyataan yang sama dikeluarkan oleh Maleeki dan Elliott(1999). Maka, benarlah bahawa rakan memainkan pengaruh yang kuat terhadap seseorang kanak-kanak.
       Sebagaimana yang kita tahu, dunia kanak-kanak adalah bermain, oleh itu secra tidak langsung masa nereka juga lebih banyak diluangkan bersama kawan-kawan sama ada di rumah mahupun di sekolah. Intihanya, rakan sebaya memainkan peranan kepada pembentukan dan pembangunan seseorang kanak-kanak yang mana dapat diterima secara positif atau negatif.

 Baiklah, sekian sahaja perkongsian Mia pada hari ini. Sebarang pertanyaan atau pendapat-pendapat lain, sangat dialu-alukan..terima kasih.  xoxoD



Tuesday, 22 September 2015

Fakta Asas Kanser


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
BARAH.
PENYAKIT TERSEMBUNYI DAN MEMBUNUH
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Friday, 18 September 2015